Saturday, 14 May 2016

Bersama Dr. Azizan Osman


Mentor Dr. Azizan Osman

Kejayaan kita bergantung berapa kuat usaha dan berapa tinggi ilmu yang kita ada. Ada diantra anda yang kuat berusaha tetapi hasilnya tetap sedikit, Dan ada yang sudah berilmu yang, tapi masih lagi belum mencapai kejayaa yang di impikan atau kurang berjaya.

Point-point untuk BERJAYA:

1. BERSYUKUR
2.  Berani mengambil RISIKO
3. Tetapkan MATLAMAT
4. ILMU
5. TINDAKAN yang pantas
6. BERSEDEKAH dan BERZAKAT


Dan lagi banyak point-point yang POSITIF untuk kita mencapai kejayaan.

Saya mula mengenali Dr. Azizan Osman adalah pada tahun 2004. Ketika itu ada lampiran iklan tentang seminar perniagaan. Walaupun sangat minat dalam perniagaan, tetapi ketika itu saya lebih memerlukan untuk mencari pekerjaan tetap.


Setelah hampir 7 tahun menabur jasa, bekerja makan gaji, pertengengahan bulan Jun 2010 saya "memecat BOSS saya dalam diari hidup". Kerana jiwa ini meronta-ronta minta sesuatu yang baru dan lebih mencabar. Dan saya buat keputusan untuk bekerja sendiri.

Perkara yang mempengaruhi saya untuk berhenti bekerja dan bertukar kepada Bekerja sendiri adalah:

1. Tekanan hidup dengan keperluan hidup semakin meningkat.
2. Rasa tahap keewangan sangat terhad.
3. Kejayaan adik-beradik yang lain.
4. Kerana isteri dan keluarga.
5. Rasa tercabar dengan pandangan sinis oleh masayarakat dan keluarga.
6. Melihat bangsa lain seperti bangladesh dan indonesia merebut peluang berniaga di bumi Malaysia.
7. Terangsang dengan lagu "anak kecil main api"
8. Teringat pesan mantan PM Dato' Seri Dr. Mahadhir Mohamed "Sebuah keluarga, seorang usahawan"



Tahun 2013

Bermula menjalankan perniagaan pada Jun 2010, Tahun 2013 dapat menyewa sebuah kedai di Gombak, Selangor.

Saya menghadiri seminar Dr. Azizan Osman pada waktu itu Oktober 2013. Waktu itu seminar INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI selama 3hari di PWTC.



POSTER SEMINAR INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI


Antara seminar Dr. Azizan yang telah saya hadiri:

1. INTENSIT JUTAWAN INDUSTRI (I.J.I)
2. ADVANCE MARKETING POWER (A.M.P)
3. INTENSIF MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN (I.M.K.K) 3 kali
4. MELLINIUM MARKETING MASTERY (M.M.M)
5. TRAIN THE TRAINER (T.T.T)
6. MASTER YOUR BUSINESS (M.Y.B)
7. RETIRE YOUNG RETIRE RICH (R.Y.R.R)
8. RAHSIA KUASA MINDA JUTAWAN (R.K.M.J)

Dr. Azizan Osman, bukan sekadar mengajar perkara perniagaan sahaja, dia mengajar seluruh aspek ilmu kehidupan, daripada manuasia biasa kepada manusia yang luar biasa.

Setiap seminar Dr.Azizan berbeza ilmunya.






Monday, 24 August 2015

Saya....Ahmad Hosnee


Konvokasyen Azizan Osman University Of Life

Hai, Assalamualaikum apa kabar? Saya Hosnee, nama penuh saya Ahmad Hosnee bin Mohd Sulaiman. nama timang-timangan saya orang panggil Along. kenapa Along? kerana saya anak pertama dari 3 orang adik beradik. Saya berusia 37 tahun pada 26 Jun 2016. Dilahirkan 36 tahun yang dulu di sebuah hospital besar di Luala Lumpur. Allahyarham bapa seorang pesara polis dan Ibu seorang pesara guru.

Selama kurang lebih 20 tahun saya di besarkan di sebuah Kuartes Polis di Gombak, Selangor. Pendidikan awal saya bermula umur 5 tahun, di sebuah tadika kemas berhampiran dengan rumah, lebih kurang 500 meter jaraknya. Kurang lebih setahun juga saya di tadika. Pada tahun 1986 saya mula memasukai alam persekolahan. Saya mendapat ilmu di Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Setia. Selama 6 tahun saya bersekolah di situ.

Selepas tamat peperiksaan UPSR, saya meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Gombak Setia. dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Semasa di sekolah menengah, saya sangat aktif bersukan, segala jenis sukan saya masuk, selalu mewakili sekolah dalam sukan sekolah-sekolah daerah, pernah mewakili daerah Gombak ke kejohanan peringkat negeri Selangor dalam acara merejam lembing, lempar cakera dan lontar peluru. Dalam acara merejam lembing saya telah mendapat tempat ke-3, Alhamdulillah.

Saya sangat meminati sukan bola sepak ketika itu, selalu pergi ke Stadium Merdeka untuk menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan Selangor sekitar tahun 90-an. Dari situ la saya pernah berazam untuk mewakili selangor dalam bola sepak satu hari nanti.

Sekitar usia 12 tahun, saya mula meminati bidang perniagaan, ketika umur 12 tahun juga saya sudah mula bekerja untuk menambah duit poket. saya pernah menjadi pembantu kedai makan, bekerja dari pukul 4 petang hingga pukul 12 malam, dengan upah RM 7 ketika itu. saya juga pernah membantu kawan saya meniaga air tebu, di pasar malam setiap hari ahad. Pasar malam tersebut betul-betul di hadapan kuartes Balai Polis Gombak. saya di beri upah sekitar RM 7 - RM 12 ringgit mengikut jualan pada hari tersebut. Yang paling "best" nya, dapat minum air tebu percuma, hihihihi....

Tamat tingkatan 5, saya bekerja sebagai budak peghantar surat atau "despatch", pekerjaan  tersebut sangat popular di kalangan rakan-rakan sebaya ketika itu, kerana apa? kerana boleh selalu merempit di atas jalan setiap hari, masa yang bebas dan ramai kawan. Lama juga saya bekerja sebagai despatch, kerap juga bertukar-tukar syarikat untuk bekerja ketika itu. Dalam usia muda sebegitu saya juga pernah bekerja sebagai penjaga parking dan dalam masa yang sama, saya juga menganbil peperiksaan SPM untuk kali ke-2. Tujuannya mengambil SPM kali ke-2, untuk membaiki markah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, dan Baha Inggeris, konon-kononnya nak masuk University Awam. Alhamdulillah selesai peperiksaan kali ke-2 saya, keputusan saya lebih baik sedikit sahaja dari keputusan peperiksaan saya yang pertama, tetapi tidak cukup baik untuk saya melangkah masuk ke University Awam. Terasa sangat kecewa juga ketika itu.

Kerana tidak layak memasukai Universiti Awam, saya mengambil keputusan untuk terus bekerja sebagai seorang "despatch" dan selalu bermain bola sepak, mewakili kelab-kelab di sekitar Gombak ketika itu.

Dengan melihat masa depan saya yang tidak jelas, keluarga saya mula bimbang, apa akan terjadi pada saya apabila saya sudah dewasa nanti. Keluarga saya waktu itu, telah mengambil tindakan untuk menghantar saya belajar di sebuah Kolej Swasta di Taman Melawai ketika umur saya 19 tahun. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dari keluarga yang kuat mendorong, akhirnya ketika umur saya 21 tahun saya di anugerahkan Diploma Seni Reka Grafik dan Multimedia, seluruh keluarga saya sangat gembira terutama ibu dan Allahyarham bapa saya.

Selepas graduate, saya mula bekerja, jawatan pertama saya selepas graduate ialah sebagai DPT artis, kerja sebagai DTP artis tidak kekal lama, hanya beberapa hari sahaja mampu bertahan. Saya bertukar kerja menjadi pereka grafik di sebuah syarikat percetakan milik bumiputra, itu pun tidak lama juga, tahan 2-3 hari sahaja. Selepas itu saya terbaca di surat khabar, sebuah syarikat yang membekal lampu di Cheras sedang mencari pereka grafik. Dalam temuduga tersebut saya berjaya mendapatkan pekerjaan tersebut, dengan gaji RM900, itu pun tahan seminggu sahaja.

Saya teruskan usaha, mencari kerja dalam bidang grafik, akhirnya saya diterima bekerja di sebuah syarikat pengiklanan di Cheras juga. Waktu itu dengan gaji RM300 sebulan. Kenapa saya sanggup dengan gaji RM300? sebabnya ada suatu perkara yang saya perlu belajar dari syarikat tersebut, yang tidak diajar oleh mana-mana syarikat, termasuk ketika saya sedang di diploma. Saya berkata-kata pada diri saya, "Untuk saya pergi jauh lagi dalam kerjaya, saya terpaksa memaksa diri ini untuk berkuli selama 3 bulan."

Alhamdulillah selepas 3 bulan, apa ilmu yang saya mahukan telah berjaya saya dapat. Saya berhenti dari bekerja di syarikat pengiklanan tersebut.

Jiwa yang sudah biasa dengan dunia luar, bebas ke sana, ke sini dengan menaiki motor membuatkan saya tidak berminat dengan kerja pereka grafik, yang banyak menghabiskan masa di depan komputer sahaja. Saya mula bekerja sebagai budak "despatch" semula.

Ketika umur saya dlam lingkungan 22 tahun, kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru. Sebabnya Allahyarham Ayah saya telah pencen dari menjadi seorang anggota polis,

Allahyarham ayah saya sangat minat dan pandai memasak, setiap kali kenduri kendara, ada sahaja yang menghubungi Allahyarham minta tolong untuk memasak. Allahyarham juga sangat aktif memasak di surau kalau ada program yang melibatkan masyarakat.

Kerana pandainya Allahyarham memasak, ada la seorang kawan beliau mahu "joint venture" dalam perniagaan masakan. Dan saya berhenti menjadi "despatch", membantu perniagaan Allahyarham bapa saya dan sahabta nya itu. Perniagaan makanan yang di usahakan bertahan selama 6 bulan sahaja, kerana ada masaalah lesen perniagaan.

Saya kembali semula bekerja sebagai "despatch"

Setelah hampir setahun menjadi despatch, saya teringat kata-kata kawan saya, "apa guna kau belajar, tapi kau tak buat apa yang kau belajar itu". kata-kata itu membuatkan saya rasa sangat gelisah, setiap hari dan kerap menggangu fikiran. Bermula saat itu saya berdoa pada Allah, supaya di berikan kerja yang sesuai dengan kemahiranku.

Pada suatu malam, saya pergi ke kedai untuk membeli rokok (ketika itu saya merokok), sampai di kedai, sambil menghembukan asap rokok yang keluar berkepol-kepol dari hudung dan mulut,, saya menyelak helaian surat khabar di bahagian, jawatan kosong. Manalah tahu kan, kalau ada rezeki jawatan kosong yang sesuai dengan kemahiran saya. Sedang melihat ruang-ruang dam iklan tersebut, tiba-tiba mata ini terpandang dengan tulisan "JAWATAN KOSONG SEBAGAI DISPLAY ARTIST". Ketika itu hati saya berkata-kata dengan yakin nya, inilah kerja yang saya cari-cari selama ini.

Besoknya saya telefon nombor yang saya dapat di surat khabar semalam, dan saya di minta untuk datang temuduga pada hari itu juga. Akhirnya saya berjaya dalam sesi temuduga tersebut. Saya sangat gembira dan syukur, akhirnya Allah memakbulkan doa saya dan keluarga selama ini.

Saya bekerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh, setiap arahan yang diberikan oleh ketua, saya lakukan dengan semangat dan tidak mudah mengalah. Kerja saya sebagai "display artist" menghias pasaraya yang ada kaitan dengan perayaan-perayaan seperi, Hari Raya, Deepavali, Tahun Baru Cina dan lain-lain lagi, Saya juga perlu memastikan barang-barang promosi di susun cantik mengikut tema-tema sesuai promosi. Dan yang best nya sekali, saya berjumpa jodoh pun di tempat kerja yang sama ketika itu.

7 tahun saya bekerja diri di pasaraya MYDIN sebagai "display artist". Desakan keperluan hidup yang semakin tinggi, membuatkan saya mula berjinak-jinak semula dalam perniagaan, Bermula dengan mengambil tempahan untuk membuat "backdrop" secara sikit-sikit, menjual nasi lemak, apabila lepas waktu kerja. tapi itu semua tidak bertahan lama dan sangat memenatkan, pulangan pun tidak seperti yang di harapkan. Ketika itu, teringat ilmu yang saya dapat dari bekerja di sebuah syarikat pengiklanan di cheras, membuat design iklan denan menggunakan komputer.

Tanpa sebarang bantuan keewangan dari keluarga, saya memberanikan diri membuat pinjaman dari bank RM3000 ringgit. Dengan duit itu saya membeli sebuah set komputer bersama pencetak yang kedua-duanya berjumlah RM1800 ringgit. Baki duit saya simpan untuk buat "rolling".

Selama sebulan saya membuat perniagaan design iklan dan percetakkan secara "part-time" saya rasa, sudah tiba masanya saya keluar dari syarikat pasaraya MYDIN tersebut dan membuat perniagaan secara "full time". Bukan mudah untuk majikan melepas kan seorang pekerja yang rajin dan berusaha seperti saya, dua kali permohonan saya di tolak, ketika itu juga saya di tawarkan kenaikan gaji sebanyak RM200 ringgit. pada mulanya saya terima, tapi boleh bertahan selama 3 bulan sahaja. Jiwa ini meronta-ronta supaya minta di lepaskan dari syarikat tersebut.

Saya tawakal dengan Allah menghantar surat berhenti untuk kali ke-3, syarikat seperti tidak mahu menerima perletakkan jawatan saya, mereka memberi masa untuk saya tarik balik surat tersebut sehingga hari terakhir notis 30 hari berhenti bekerja. Cukup 30 hari notis, keesokannya saya tidak hadir bekerja, ini maknanya, saya telah berhenti secara rasminya dari syarikat tersebut. Syukur rasanya, debaran menanti 30 hari untuk berhenti sangatlah menyeksakan.

Ke esokannya setelah berhenti saya dari syarikat tersebut, saya segera menjalankan kerja saya yang baru, saya tidak mengambil masa yang lama untuk bertindak, ini kerana, cabaran sebagai seorang yang bekerja sendiri, tidak sama seperti waktu saya makan gaji sebelum ini. Usaha berganda mesti di teruskan, supaya saya dan isteri tidak kelaparan kerana masaalah wang dan tiada pendapatan tetap.

Ramai yang tidak bersetuju dan menyokong usaha saya untuk berniaga, termasukla dari keluarga sendiri, saudara mara dan rakan sekerja lama. Alasan yang selalu mereka berikan, "berniaga ni susah", "nanti tak ada duit macam mana", "nanti tak ada KWSP", "buat apa nak berniaga, kerja sekarang kan dah senang" dan macam lagi kata-kata yang boleh melemahkan semangat saya untuk memulakan perniagaan. tapi saya bertekat untuk saya dan isteri, saya perlu lakukan sesuatu yang luar biasa.

Alhamdulillah setelah hampir 6 tahun saya berniaga, saya dapat menyara kehidupan kami suami isteri, kehidupan kami pun sedikit selesa dan lebih baik berbanding 6 tahun lalu. Ahamdulillah Semua ini terjadi dengan izin Nya, doa-doa ahli keluarga san saudara-mara terdekat dan rakan-rakan semua, terutamya Allahyarhan ayah saya Mohd Sulaiman bin Hj. Harun dan Ibu saya Zawiyah bt Abdul Majid. Dengan doa dan restu mereka lah, Allah merestui hubungan saya suami isteri dan perniagaan kami.

Semuanya yang berlaku dengan izin Nya, kita hanya melakukannya sahaja. Allah telah befirman dalam Al-Quran, "Tidak akan Aku mengubah nasib sesuatu kaun itu, sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri".


Dengan firman Allah itu juga lah, yang banyak memberikan saya motivasi dan kekuatan untuk terus berusaha, berusaha dan terus berusaha.

Pesanan pada yang membaca tilisan saya ini, dan pada diri saya sendiri, jagalah kedua ibu bapa kita, jagalah hati kedua-duanya. Jaga hubungan kita dengan Allah, kerana Dia lah Maha pemberi rezeki dan dia jugalah yang menarik rezeki. Solat lima waktu janganlah sekali-kali di tinggalkan, itu lah tanda kita sebagai hamba Nya, dan bersyukur dengan rezeki dan pemberianya Nya yang tidak terbatas di langit dan di bumi.

Saya doakan anda semua berjaya mengejar cita-cita, dan impian yang di impikan sebelum ini.


Amin Ya Rabbal Allamin.....